SEJARAH CARREFOUR

Cawangan pertama Carrefour dibuka pada 3 Jun 1957, di kawasan pinggir bandar Annecy berdekatan satu persimpangan (carrefour dalam bahasa Perancis). Kini cawangan itu merupakan cawangan Carrefour terkecil di dunia. Kumpulan ini ditubuhkan oleh Marcel Fournier dan Denis Defforey yang mengembangkan syarikat mereka menjadi satu rangkaian besar. Pada tahun 1999 Carrefour bergabung dengan Promodès, salah sebuah pesaing terbesarnya dalam pasaran Perancis.
Fournier dan Defforey telah menghadiri sebilangan seminar di Amerika Syarikat yang dikendali oleh Bernardo Trujillo, tokoh yang turut mempengaruhi usahawan Perancis lain seperti Édouard Leclerc (E.Leclerc), Gérard Mulliez (Auchan), Paul Dubrule (Accor), dan Gérard Pélisson (Accor). Slogan mereka ialah “No parking, no business.”
Kumpulan Carrefour mempelopori konsep pasar hiper, iaitu pasaraya besar dan gedung serbaneka di bawah sebumbung. Mereka membuka pasar hiper pertama pada 15 Jun 1963 di Sainte-Geneviève-des-Bois, berdekatan Paris di Perancis[1].

Logo jenama Carrefour
Pada bulan April 1976, Carrefour melancarkan label persendiriannya iaitu produk makanan Produits libres (produk bebas—libre bermaksud bebas), termasuk minyak, biskut, susu, dan pasta, pada harga yang rendah. Kelarisan jenama baru ini menyebabkan pengkritiknya berasa bahawa Carrefour sedang melemahkan kapitalisme dengan membiasakan orang ramai kepada makanan generik (sebagai lawan kepada jenama dan berkeistimewaan). Sacara terperincinya, Jean Mothes, seorang eksekutif di Perrier, menulis dalam majalah Investir bahawa Carrefour telah banyak mempercepatkan proses peralihan ke kerajaan pimpinan sosialis dan bukannya ahli politik dan penyokong sosialis seperti Edmond Maire, Georges Marchais, François Mitterrand dan Georges Séguy.
Carrefour di seluruh dunia pada September 2007

Negara yang terlibat dengan Carrefour Group buat masa ini. Merah: dimiliki sendiri; Kuning: di bawah francis.
Benua Amerika
• Carrefour merupakan pengendali pasar hiper pertama di Amerika Latin, dengan kehadirannya di empat buah negara: Brazil, Argentina, Colombia, dan Republik Dominica. Carrefour lebih giat dalam tiga jenis pengedaran runcit: pasar hiper, pasar raya dan hard discounters, serta sedang memasuki pasaran Cash & Carry di Brazil setelah membeli Atacadão[2].

Asia
• Carrefour ialah peruncit antarabangsa yang pertama untuk hadir di pasaran Asia pada tahun 1977, iaitu di enam buah negara. Carrefour juga beroperasi di Emiriah Arab Bersatu dan Jordan dalam usahasama dengan Majid al Futtaim [2]. Selain itu, Carrefour baru membuka cawangan di Avenues Mall, Kuwait.

Malaysia
Carrefour JB
Cawangan pertama Carrefour dibuka pada tahun 1994 di Subang Jaya berhampiran stesen KTM Komuter dan Subang Parade, menjadikannya cawangan pasar hiper pertama pernah ditubuhkan di Malaysia. Kini syarikat ini mempunyai 12 cawangan di seluruh semenanjung Malaysia. Cawangan-cawangannya ialah:
• Subang Jaya
• Jalan Peel, Cheras
• Kepong
• Sri Petaling
• Wangsa Maju
• Mid Valley
• Alamanda Putrajaya
• Kepong
• Klang, Selangor
• Batu Pahat, Johor
• Prai, Pulau Pinang
• Bandar Melaka
• Ampang, Selangor
• Kuantan, Pahang
Mawi yang pernah bekerja selama dua tahun di Carrefour Subang Jaya sebelum mengecapi kenamaan sebagai seorang penghibur dilantik menjadi duta jenama Carrefour pada tahun 2007.[3] Pada masa yang sama Carrefour bekerjasama dengan TV3 untuk menganjurkan program realiti Carrefour Duniaku untuk mencari peserta (kakitangan Carrefour) yang terbaik untuk meraih jawatan penting di Carrefour dan bermakan malam bersama Mawi.
Afrika
Eropah
• Carrefour ialah peneraju pasaran di Eropah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s